Program Pertukaran Budaya Serantau Banyak Membawa Kebaikan Kepada Para Pelajar

Program Pertukaran Budaya Serantau Banyak Membawa Kebaikan Kepada Para Pelajar. Berikan komen anda.

Pendahuluan

– Program pertukaran budaya merujuk kepada program pertukaran pelajar yang terpilih ke luar negara untuk belajar dan menerima pelajar dari luar negara untuk belajar di sekolah kita sepanjang satu tempoh masa tertentu. Antara program pertukaran pelajar yang pernah dilaksanakan ialah Program Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youth (JENESYS) yang melibatkan negara Malaysia dan negara Jepun.

– Program ini bukan sahaja terkenal di universiti tetapi juga di peringkat sekolah menengah. Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati sebanyak 1306 orang pelajar telah menyertai program pertukaran pelajar ke Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala jumlah pertukaran pelajar dari UPM ke luar negara adalah sebanyak 1221 orang. Statistik ini jelas menunjukkan bahawa program pertukaran pelajar merupakan trend terkini dalam proses pembelajaran pada zaman modenisasi ini.

– Persoalannya, apakah manfaat program pertukaran pelajar antara negara? Bagaimanakah pula cara untuk memastikan program ini berjaya dilaksanakan dalam kalangan pelajar Malaysia? Oleh itu, terdapat pelbagai kebaikan program pertukaran pelajar antara negara.

Cadangan Isi

i) Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman pelajar.

– Pelajar Malaysia boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kemahuan dalam bidang sains dan teknologi negara-negara atas angin yang lain. Mereka akan membuka minda masing-masing dari segi pemikiran untuk mempelajari cara memajukan Malaysia seperti negara-negara barat.

– Tamsilnya, pelajar diperkenalkan dengan teknologi seperti robot pelayan di Jepun, kereta tanpa pemandu di Amerika Syarikat dan juga teknologi realiti maya di Korea. Hal ini secara tidak langsung, pelajar akan terpegun dengan kemajuan teknologi dalam negara-negara yang dilawati dan seterusnya mengkaji cara untuk mewujudkan produk yang lebih kreatif dan inovatif di Malaysia.

– Sikap salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan, salah langkah surut kembali dapat dipupuk dalam diri pelajar untuk membaiki kesilapan diri bagi memajukan negara. Pelajar dari luar negara juga boleh memberi komen dan cadangan untuk meningkatkan mutu produk keluaran tempatan. Justifikasinya, izharlah bahawa pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui program ini.

ii) Membolehkan pelajar mengenali budaya negara lain.

– Setiap negara mempunyai budaya unik dan tersendiri yang patut dipelajari oleh masyarakat negara lain. Sebagai contoh, rakyat Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum boleh hidup secara aman kerana mengamalkan semangat bertolak ansur antara satu sama lain. Amalan ini menjadi contoh kepada pelajar dari negara asing untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

– Pada masa yang sama, pelajar Malaysia boleh mempelajari budaya negara lain seperti membongkok badan sebagai tanda hormat di negara Jepun, budaya membaca di Jepun dan budaya membantu orang lain secara rela di negara barat. Dengan itu, pelajar yang terlibat dalam program ini dapat berkongsi pengalaman mereka dengan rakan-rakan.

– Mereka tidak akan mengalami kejutan budaya apabila melawat ke negara asing pada masa hadapan. Pelajar tidak akan menjadi seperti rusa masuk kampung apabila berada di negara lain. Natijahnya, pelajar dapat mengenali budaya negara lain dengan menyertai program ini.

iii) Pelajar boleh mempelajari bahasa asing melalui program pertukaran budaya antara negara.

– Membuka minda segelintir rakyat Malaysia dengan mempelajari bahasa asing seperti bahasa Jepun kerana merupakan bahasa penjajah. Pelajar turut dapat mengkaji keunikan kesusasteraan sesuatu bahasa seperti bahasa Cina melalui pertukaran pelajar dengan negara China.

– Seiring dengan itu, pelajar dari negara asing boleh belajar bahasa Melayu dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Melalui cara ini, segala urusan perniagaan dan peribadi akan menjadi lebih mudah kerana kedua-dua pihak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan sesebuah pihak. Senario ini persis dengan peribahasa di mana kemahuan, di situ ada jalan kerana pelajar sanggup mempelajari bahasa lain agar mencapai persefahaman dengan warga negara asing.

iv) Boleh mempelajari sejarah kewujudan negara lain.

– Pelajar akan menghadiri kelas bersama masyarakat tempatan di negara asing. Misalnya, pelajar yang melawat Malaysia dapat belajar tentang zaman kegemilangan Kesultanan Melaka dan Johor. Mereka akan mendapat iktibar daripada peristiwa-peristiwa penting untuk dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

– Pelajar Malaysia yang melawat ke negara Rusia boleh mempelajari tentang pemerintahan Raja Tsar. Mereka boleh mengkaji tentang cara pemerintahan yang terbaik untuk memajukan negara. George Santayana pernah mengatakan bahawa mereka yang tidak belajar dari sejarah pasti akan mengulanginya. Tegasnya, jelaslah bahawa pelajar boleh mempelajari Sejarah negara lain dengan menyertai program ini.

v) Memberi peluang kepada pelajar untuk  mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara yang terlibat.

– Hal ini disebabkan kesanggupan sesebuah negara menghantar pelajar ke negara lain membuktikan bahawa kedua-dua pihak mengiktiraf kualiti sistem pendidikan antara satu sama lain. Pelajar yang terlibat dalam program ini dianggap sebagai duta kecil kerana mewakili negara masing- masing.

Sebagai tamsil, pertukaran pelajar antara negara Malaysia dengan negara China berjaya mewujudkan pelbagai peluang dari segi ekonomi. Dengan itu, kedua-dua buah negara akan lebih maju dengan adanya usaha sama dalam pelbagai aspek. Semangat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni antara rakyat negara yang berbeza harus dipupuk agar negara boleh terus maju. Natijahnya, jelaslah bahawa program ini dapat mengeratkan hubungan diplomatik antara negara yang terlibat.

Kesimpulan

Intihannya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa program pertukaran pelajar antara negara terdapat banyak manfaatnya. Pihak sekolah dan ibu bapa haruslah menggalakkan para pelajar untuk menyertai program ini agar faedahnya dapat dinikmati oleh mereka. Program ini sangat penting agar negara kita boleh berdiri sama tegak, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, kerjasama semua pihak adalah dituntut bagi menjayakan program pertukaran pelajar dalam kalangan pelajar Malaysia demi melahirkan negara maju.

.

This entry was posted in Karangan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s